Tentang Kami Gebu

Kami Gebu adalah hasil rintisan sebilangan pelajar universiti yang bercita-cita meningkatkan kualiti diri terumatanya dalam aspek intelektual. Idea Kami Gebu timbul daripada evolusi azam tahun baru pelajar-pelajar ini iaitu misi satu bulan satu buku. Memahami hakikat sifat 'hangat-hangat tahi ayam' azam tahun baru yang sering menyerang umat manusia, mereka mengambil inisiatif menubuhkan group Whatsapp Kami Gebu pada 8hb Januari 2015. Group yang pada awalnya hanya sebagai ruang motivasi sesama para pengazam tetapi kemudiannya berkembang dengan kehadirian review-review buku yang menarik.

Dari situ, timbullah idea mewujudkan satu blog sebagai depositori review-review tersebut agar mudah dicari kembali dan dimanfaatkan para netizen seluruhnya. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli whatsapp Kami Gebu, boleh emelkan nama dan nombor telefon anda pada saudara ammar (ammarsuhaidi@gmail.com) atau shaarie (sha_arie92@yahoo.com).

First